Salam
semalam 17 April aku dapat pi 1 interview ni.
aku apply position Admin Clerk.
so kul 10.30 tu aku pun pi la interview, mudah sangat.
dah la cakap BM pulak tu.
dia pulak yang bercerita lebih dari aku.
tapi dia offer aku position Trainee Management.
dengan syarat kena start dari bawah!!!
hari ni aku kena pi sekali lagi ke ofis tu untuk 2nd interview.
sebelum interview tu depa suruh aku ikot 3 orang staff kat situ wat kerja luaq.
aku pun suspen la nak pi mana, siap susun banyak gila kotak² kat boot keta, sampai
penuh la cermin belakang tu.
tadi kami pi Serdang Kedah.
aku ni dah la kepala tak boleh pusing sikit, nanti perut pun berpusing
rasa sakit kepala semacam sampai la sekarang.
dah la bukak lagu punya kuat, bawak kereta laju, ikot jalan lama pulak tu.
adoiiiiiii! sakit otak wei!!!
depa ni buat kerja bagi aku lebih kurang macam direct selling jugak.
isnin - rabu, edar flyers and promote barang. ambil order sapa yang nak beli.
khamis - jumaat, hantar barang yang dioder.
dari 1 tempat ke 1 tempat.
mula² pi skolah rendah > sekolah menengah > balai polis > perikanan >
anti dadah > klinik kesihatan > alam sekitar > klinik swasta > shop lot !
aku memang rasa letih sangat.
memang tak biasa, dengan cuaca panas. berlari ke sana sini.
sampai ofis balik pukul 6 lebih.
2nd interview pukul 7.
adoii.
alhamdullillah aku diterima + esok boleh terus masuk kerja.
tapi parents aku terutama mama tak berapa suka aku kerja tu,
yes aku sendiri pun tak suka.
walaupun depa cakap kerja ni bukan direct selling sebab cuma bagi flyers
dan promote hanya gambaq dalam flyers tapi aku rasa macam tak serasi dengan aku.
sebabnya, gaji berdasarkan berapa banyak order yang kita dapat, means barang yang
kita dapat jual la. mampuihh!
tambahan pulak dengan suasana kerja yang bagi aku macam
terlalu bergaul antara staff laki n perempuan, aku tak selesa.
siap bertepuk bertampaq lagi, apa tu???
memang la kita nak semua staff tu rapat n mesra tapi
bukan dengan cara yang macam tu kot.
hurm memandangkan banyak faktor yang negatif dari positif,
maka aku pun dah decide aku rasa aku nak tolak ja tawaran ni.
biaq la aku dok rumah dengan family aku lagi bagus :)
No comments:
Post a Comment