Sunday, April 7, 2013

Adik Sayang Abah :)



Salam. hari ni hari lahir Abah aku yg ke 58.
Cepatnya umoq Abah dah 58, kami pun dah besaq panjang.
Besday Abah, takda yang special sebab Abah tak suka celebrate so pagi
tadi aku dah wish, lepas tu mama buat nasik briayani.
Sebenaqnya aku rasa sebak masa aku wish tapi aku senyum jugak.

Taktau kenapa rasa sedih. Rasa kesian sangat kat Abah.
Yelah anak² semua dah besaq tapi solat kalau tak suruh, semua
pakat buat² lupa :'(
Pakaian kalau tak ditegoq, semua buat² selamba :'(
Mesti Abah sedih dengan kami semua :(
Teruknya rasa diri ni. Sedihh
Macam mana lah anak aku nanti???
Istigfar...

Dengaq lagu ni lagi rasa sedih. Makin besaq makin rasa nak hargai orang
yang banyak berbudi dengan diri ni tapi taktau macam mana.
Lirik lagu ni memang betul. hurmmm

InsyaAllah nanti kalau aku kerja, aku beli la apa² :)
Adik sayang Abah ❤

"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan
 kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara
 dan mendidikku di masa kecil.”



DOA UNTUK IBU BAPA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.........

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, 
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,j
adikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan 
bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang 
dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. 
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. 
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah...

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, 
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. 
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...




No comments:

Post a Comment